Buat pengetahuan pembaca, maklumat didalam Blog ini adalah pandangan dan petikan pribadi penulis. Manakala barangan pula adalah untuk perniagaan dan ada juga yang merupakan milik sahabat yang mengamanahkan kepada Pengasas Blog untuk dimaharkan. Sebahagiannya mempunyai Unsur Alam Ghaib diperolehi melalui mimpi, namun ingin diperingatkan supaya pembaca tidak mudah mempercayainya dengan membuta tuli. Kita hanya akan jelas tentang alam ghaib apabila telah memahami alam nyata. Jangan sekali-kali merosakkan akidah sendiri. INGATLAH bahawa kesemuanya adalah ketentuan Allah dan kekuasaan dan keajaiban hanyalah milik Allah dan kesemuanya dijadikan tidak dengan sia-sia. Kesemuanya boleh menjadi wahana untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta. Allah Maha Besar.

Sunday, February 28, 2010

Renungan

  1. "Jika seluruh harta itu adalah racun, maka sedekah lah penawarnya"
  2. "Jika seluruh umur itu adalah dosa, maka taubatlah penebusnya"
  3. "Orang-orang yang berjihad (pada jalan Allah) itu sebenarnya mereka berjihad untuk (kebaikan) diri mereka sendiri (di dunia dan akhirat)." - (Surah Al-Ankabut, ayat 6)
  4. "Perbuatan yg baik itu bagai wewangian yg bukan sahaja menggembirakan pemakainya, tetapi juga org2 yg berada disekelilingnya juga".
  5. "Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata2, maka anda akan menguasai keadaan, tidak terusik dengan kebencian, dan tidak merasa terancam dgn kejian".
  6. "orang yg cerdik bukanlah orang yg mampu menambah keuntungan,tetapi orang yg cerdik ialah org yg mampu mengubah kerugian menjadi keuntungan".
  7. "Kamu boleh biarkan dunia berdiri di hadapan pintu hati kamu. Tetapi jangan sekali-kali biarkan ia masuk, kerana dunia tidak membawa kehormatan bagi kamu"
    -Syeikh Abdul Kadir Al Jilani-
  8. " Behind every successful man, there is an untold pain in his heart "
    -Bill Jacobs-
  9. Kalau takut mati,jangan hidup (Mahatma Ghandi)
  10. "Telah aku tinggalkan kepada kamu semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengannya, Kitab Allah & Sunnahku." - (H.Muslim)
  11. Sembahyanglah kamu dibelakang Imam
    Sebelum kamu disembahyangkan didepan Imam.
  12. Jahil itu adalah kematian....
    pengetahuan adalah kehidupan.....

  13. Manusia perlukan makanan apabila sampai masa....

    dan perlukan ilmu sepanjang masa.......

  14. senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma'ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah
    (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Abu Dzar)

  15. Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesame Muslim lebih dari 3 hari 3 malam. Maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka
    -Riwayat Abu Dawud & An-nasai

  16. "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"
  17. "Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
  18. "Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"
  19. Sayyidina A'li Radiyallahu berkata:
    Berilah kerehatan kepada hati beberapa ketika.
    Maka sesungguhnya hati jika dipaksa dia akan menjadi buta!

  20. Pepatah Arab ada berbunyi, "Manusia memusuhi apa yang tidak diketahuinya."
  21. Ramai yang mengaku Islam. Namun ia cuma lompong di dalam.

No comments:

Post a Comment