Buat pengetahuan pembaca, maklumat didalam Blog ini adalah pandangan dan petikan pribadi penulis. Manakala barangan pula adalah untuk perniagaan dan ada juga yang merupakan milik sahabat yang mengamanahkan kepada Pengasas Blog untuk dimaharkan. Sebahagiannya mempunyai Unsur Alam Ghaib diperolehi melalui mimpi, namun ingin diperingatkan supaya pembaca tidak mudah mempercayainya dengan membuta tuli. Kita hanya akan jelas tentang alam ghaib apabila telah memahami alam nyata. Jangan sekali-kali merosakkan akidah sendiri. INGATLAH bahawa kesemuanya adalah ketentuan Allah dan kekuasaan dan keajaiban hanyalah milik Allah dan kesemuanya dijadikan tidak dengan sia-sia. Kesemuanya boleh menjadi wahana untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta. Allah Maha Besar.

Monday, February 14, 2011

Sabar dan Syukur Dalam Kehidupan

Saya memetik satu hadis yang berbunyi.
Dari Suhaib r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh menakjubkan bagi orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.” (HR. Muslim)

Bentuk-Bentuk Kesabaran

Para ulama membagi kesabaran kepada tiga:

1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah. Menunjukkan ketaatan kepada Allah, menghasilkan kesabaran, kerana secara tabiatnya, jiwa manusia enggan untuk beribadah dan berbuat ketaatan. Terdapat tiga hal yang menyebabkan manusia susah untuk sabar. Pertama karena malas, seperti dalam melakukan ibadah shalat. Kedua karena bakhil , seperti menunaikan zakat dan bersedekah. Ketiga karena keduanya, (malas dan bakhil), seperti berjihad dijalan Allah..

2. Sabar dalam meninggalkan kemaksiatan. Meninggalkan kemaksiatan juga memerlukan kesabaran yang besar, terutama pada kemaksiatan yang sangat mudah untuk dilakukan, seperti mengumpat,mendusta, dan memandang sesuatu yang haram.


3. Sabar dalam menghadapi ujian dan cobaan dari Allah, seperti mendapat musibah, baik yang jelas ataupun tidak seperti kehilangan harta dan kehilangan orang yang dicintai.
Maarilah kita merenung tentang ujian dalam kehidupan yang menguji kesabaran seseorang.
Sabar dalam hal-hal yang memberi memberi kesusahan kepada kita antaranya:
Kesakitan
Kekeciwaan
Kemiskinan dan kepapaan
Kegagalan percintaan, hidup bekeluarga, perniagaan, peperilsaan, kerjaya dsb
Mengapa kita perlu diuji? Sedang kita sihat walafiat tiba tiba datang musibah dan ujian kesakitan yg tidak pulih pulih, kecacatan tubuh badan, kehilangan benda yg sangat disayangi dsb, Sebenarnya, kesemua ini hanyalah ujian kepada manusia, ujian kesengsaraan biasanya lebih baik kerana ianyanya akan menyedarkan kita serta mengembalikan kita kepangkal jalan ataupun lebih mendekatkan diri kita kepada tuhan yg Esa. Manakala ujian kesenangan, kemewahan dan kegemilangan lebih menjurus manusia kepada kealpaan.... contohnya, Ramai dikalangan manuasia yg diuji dengan kemewahan akan lupa tanggungjawab menjalankan kewajipan berzakat, takut terkurang kekayaan yg dah ada, kita lupa kalau kita berhutang didunia ini, setelah kematian roh kita tergolong dalam golongan orang yg berhutang dan menyebabkan roh kita tergantung diantara alam dunia dan alam barzakh!
APA PERLUNYA UJIAN?
Tuan/tuan dan puan-puan sekelian
Dalam kehidupan, ujian sangat perlu, kita bersekolahpun penuh dengan ujian, untuk apa, untuk menentukan samada kita boleh lulus ataupun tidak,. Bagi kehidupan pula, ujian biasanya amat perlu untuk meningkatkan tahap kita supaya menjadi sebenar benarnya manusia.
Kadang-kadang kita diuji dengan kepayahan dan kesengsaraan yg amat menyiksakan setelah kita berada dalam kesenangan, adakah ia baik atau hanya pembalasan akibat kelalaian kita? Sebenarnya itu bukanlah pembalasan, tetapi semata mata ujian untuk meningkatkan atau mengembalikan kita kepada fitrah yg kita ini hanya hamba.. atau kita sebagai hamba Allah. Ianya sangat baik, biasanya akan menginsafkan bahawa kita ni tiada apa apa, tiada daya dan upaya, tidak sempurna, tidak mampu menolak kada’ dan kadar Allah serta menyedarkan kita bahawa tuhan adalah MAHA berkuasa atas segalanya....
Jarang kita semakin menjauh dari tuhan setelah kita diuji dengan keperitan, kesengsaraan, kejatuhan, kesakitan dll malah kerapkali kita akan kembali kepada pencipta kita... Dengan ujianlah akan meningkatkan tahap kehidupan dan keimanan sesaorang, tanpa adanya ujian, kita akan terus dalam keadaan yg sediaada tanpa memikirkan apakah amalan kita cukup untuk bekalan nanti . Ramai yg sebelum sakit atau sebelum diuji, tidak begitu berusaha mendekatkan diri dengan Allah, tetapi setelah adanya ujian akan mendekatkan lagi manusia kepada Allah yang maha kuasa.
Lagi hebatnya ujian, lagi baik, lagi lamanya ujian, lebih dalamnya keimanan... Semua manusia tidak terlepas dari ujian, ujian akan meningkatkan taraf sesaorang jika beliau berjaya mengatasinya. Peningkatan taraf dan kerjaya sesaorang harus melalui ujian, nak jadi doktor kena lalu banyak ujian yg susah, , nak jadi guru pun kene banyak ranjau durinya.... begitu juga dengan pelajar, perlu diuji dengan berbagai bagai ujian getir dan permasaalahan yg perlu dialami terlebih dahulu.
Tanpa ujian, bolehkah sesaorang itu dikatakan hebat? Tentunya tidak!
Begitulah serba sedikit perlunya ujian dalam kehidupan kita, dan ujian ini ada banyak peringkat dan biasanya Allah tak menguji sesaorang yg diluar batas kemampuan sesaorang itu....kesabaran dalam menghadapi ujian adalah kunci utama dalam melepasinya selain dari doa dan amal ibadah

Ketidaksabaran pula adalah merupakan salah satu penyakit yang patut diatasi dengan baik kerana Karena ia memberi kesan pada amal yang dibuat. Seperti melakukan sesuatu tidak dengan sempurna, terjerumus kedalam kemaksiatan, enggan melaksanakan ibadah. Oleh karena itulah, diperlukan beberapa cara untuk meningkatkan kesabaran. Di antaranya:

1. Mengikhlaskan niat kepada Allah swt.

2. Memperbanyak membaca Al-Qur’an, baik pada pagi, siang, ataupun malam hari. Akan lebih baik lagi apabila meemahami maana bacaan tersebut.

3. Memperbanyak puasa sunat. Puasa merupakan ibadah yang memang secara khusus dapat melatih kesabaran.

4. Jihad hawa nafsu, yaitu satu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi mengalahkan nafsu yang cenderung suka pada hal-hal negatif, seperti malas, marah, dan kikir.

5. Mengingat kembali tujuan hidup di dunia. Karena hal ini akan mengarah manusia untuk beramal secara sempurna.

6. Membaca-baca kisah-kisah kesabaran para sahabat, tabi’in ataupun tokoh-tokoh yang berjaya dalam kehidupan ini.

Seterusnya tuan/tuan dan puan-puan sekelian.
Marilah merenung pula tentang perlunya kita bersyukur.
Selalunya manusia mengingkari nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Nikmat Allah yang begitu luas sekali meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki, begitu juga dengan kesihatan badan, keamanan Negara, udara, air serta banyak lagi yang lain-lainnya adalah merupakan nikmat Allah kepada manusia. Seperti yang disebut dalam surah Ibrahim ayat 34
… sekiranya kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya..
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada manusia. Dunia ini beserta apa yang ada didalamnya telah diciptakan Allah kepada kita tetapi setakat mana kesyukuran kita kapadanya.
Apakah kita mengira berjalan dengan dua kaki merupakan sesuatu yang biasa, padahal banyak lagi manusia lain yang tidak mempunyai kaki. Apakah kita mengira dapat berdiri tegak sebegini merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak lagi manusia tidak dapat berdiri sebegini. Apakah kita merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua-dua matanya padahal masih ramai lagi manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang ditanggungnya. Pernahkah kita menghargai nikmat makanan dan minuman, sementara masih ramai lagi orang lain yang tidak dapat makan dan minum kerana penyakit yang mereka deritai. Renungkanlah bagaimana Allah memberi pendengaran kepada kita. Memberikan mata yang menghindar dari kebutaan. Perhatikan juga fungsi otak yang memberikan kesihatan akal yang menghindarkan manusia dari kegilaan yang menghinakan.
Kita sebenarnya telah mengecapi kenikmatan yang tidak terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayang tidak menyedarinya. Bahkan hidup dalam ketidakpastian dan kadangkala terperangkap dalam kesedihan padahal kita dapat makan dan minum dengan baik, tidur yang nyeyak dan kesihatan yang stabil.
Untuk itu adalah penting kita tumpukan kepada apa yang telah kita ada, bukan pada apa yang tidak ada atau bukan apa yang kurang. Tentu sekali menjadikan kita termasuk dalam golongan manusia yang sentiasa bersyukur.
Untuk seketika dipagi ini, cuba lupakan seketika perkara lain dalam kehidupan. Kita berdiri dihadapan tuhan sambil berkata..
…Ya Allah, Ya tuhanku aku bersyukor atas kehidupan ini, keluargaku, rumahtanggaku, kawan-kawanku, razeki yang kuperolehi serta aku bersyukur atas anugerah waktu pagi yang aman damai ini…
Tidakkah selepas kita berkata-kata. Kita akan merasai kepuasan jiwa yang lebih dari biasa. Bayangkan kalau setiap pagi kita dapat merasai kesyukuran ini esoknya dan esoknya lagi , tidakkah kita akan merasai lebih damai.

Sebagai kesimpulannya dapatlah saya katakan kedua-dua perkara ini iaitu sabar dan syukur adalah ramuan penting untuk kehidupan yang penuh mencabar ini. Kedua-duanya perlu diadun dan diseimbangkan dengan baik seperti kita menaiki basikal diwaktu kecil. Basikal kita perlu selalu kayuh untuk terus bergerak kehadapan. Kalau kita berhenti basikal akan terbalik. Begitulah kehidupan ini kita perlu terus bergerak kehadapan dengan penuh keseimbangan supaya segala impian itu tercapai. Walaupun ada impian tahun lepas yang belum tercapai , bukannya tidak boleh capai tetapi sebenarnya mungkin ianya tidak mudah untuk dicapai. Kita perlu terus berusaha dan terus berusaha sepenuh daya upaya, bukan untuk dipandang tinggi oleh orang lain. Kita berusaha sedaya upaya kerana itulah satu-satunya cara untuk menikmati kerja yang kita buat. Banyakkan bersabar dan bersyukur dalam setiap kerja yang dilakukan nescaya hidup akan lebih bermaana.

Sekian, untuk renungan bersama.
Dengan mengharapkan taufik dan hidayah Allah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment