Buat pengetahuan pembaca, maklumat didalam Blog ini adalah pandangan dan petikan pribadi penulis. Manakala barangan pula adalah untuk perniagaan dan ada juga yang merupakan milik sahabat yang mengamanahkan kepada Pengasas Blog untuk dimaharkan. Sebahagiannya mempunyai Unsur Alam Ghaib diperolehi melalui mimpi, namun ingin diperingatkan supaya pembaca tidak mudah mempercayainya dengan membuta tuli. Kita hanya akan jelas tentang alam ghaib apabila telah memahami alam nyata. Jangan sekali-kali merosakkan akidah sendiri. INGATLAH bahawa kesemuanya adalah ketentuan Allah dan kekuasaan dan keajaiban hanyalah milik Allah dan kesemuanya dijadikan tidak dengan sia-sia. Kesemuanya boleh menjadi wahana untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta. Allah Maha Besar.

Thursday, February 25, 2010

Kata-kata Hikmat

  1. "Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya di dunia & di akhirat. Sedangkan zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya di dunia & di akhirat." - (Ibnu Sammak).
  2. Apabila kucing tidak bertaring.....tikus berani melompat...
  3. "Sesiapa yang bersabar, Allah akan lipat gandakan (pahalanya). Sesiapa yang menderhakai Allah akan menerima azabNya". - (H.Baihaqi)
  4. Sebuah musibah akan menjadi
    kenikmatan jika kita berhasil menyingkapinya
    dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu
    mengambil hikmah dari setiap kejadian.

  5. Rasulullah pernah bersabda :
    Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika.
    Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

  6. kalau anda tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan ,janganlah menjadi langau yg membusukkan ikan..
  7. "Islam mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki, Islam melebihkan lelaki pada suatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula." - (Hasan Al-Banna)
  8. 'kita adalah kejadian yg sempurna
    tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'

  9. "Sesiapa yang berselawat ke atasku (Rasullah S.A.W) sekali, Allah akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan." - (H.Tirmizi)
  10. "Tidak harus dengki kecuali 2 perkara. Pada orang yang banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan dan pada orang berilmu yang beramal dan mengajarkannya." - (H.Bukhari)
  11. "Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut (ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat." - (H.Baihaqi)
  12. "berlaku jujurla meskipun kejujuran itu membahayakan kamu di dunia,kerana sesungguhnya kejujuran itu akan bermanfaat bagimu di akhirat dan janganlah engkau berdusta meskipun dustamu bermanfaat bagimu di dunia, kerana sesungguhnya dustamu itu akan membahayakan kamu di akhirat kelak"
    -wasiat nabi saw kpd saidina ali-

  13. "Allah bencikan menguap. Apabila menguap tahanlah seupayanya. Janganlah berkata, 'Hah' , 'Hah'. Kerna itu dari syaitan yang syaitan ketawa mendengarnya." - (H.Tirmizi)
  14. Barangsiapa yang selalu berkata jujur akan mendapat 3 hal..
    > Kepercayaan > Cinta > Rasa Hormat - Saydina Ali Ibnu Thalib –

  15. "Allah sukakan Bersin dan bencikan Menguap. Apabila Bersin ucaplah 'Alhamdulilah'. Hendaklah orang yang mendengar mengucapkan 'Yarhamkallah' ." - (H.Tirmizi)
  16. "Hidup ini ibarat pelayaran... Pelayaran penuh dugaan, adakalanya dipukul ombak, dilambung badai, dihambat angin, dipanggang mentari... Semuanya perluh diredah.. dan di hujungnya ada pelabuhan persinggahan yang abadi."
  17. "Orang yang bersedekah, malam dan siang, sembunyi atau diketahui orang, bagi mereka pahal, mereka tidak khuatir atau bersedih (dengan harta itu)." - (Surah Al-Baqarah : ayat 273)

No comments:

Post a Comment